Skip to main content

Pembedahan Ektopik

Selama 7 hari aku di tahan di dalam wad. Akhirnya aku di bedah secara laparoskopi . Aku pasrah aku redha..aku nak tamatkan segala kesakitan ini. Walau pada mulanya aku agak berat untuk membuat kandungan ku yang baru berusia 7 minggu..namun Allah lebih sayangkan dia. Saluran tiub fallopian kiri ku di buang..menyebabkan aku agak terasa kehilangan ketika itu, namun doktor bedah ku yg bernama Ms Sia..dia kata jangan bimbang sebelah kanan masih elok. Syukur.....

Di sini aku nak share sedikit tips apabila sedang merancang untuk menambah cahayamata :-


  1. Buat ujian kehamilan lebih awal, jika boleh seawal 4 minggu ke atas.
  2. Sah sahaja mengandung teruslah buat pemeriksaan di klinik berhampiran untuk mengetahui jika kandungan berada di tmpt yg betul. Kebanyakan kes ektopik pecah..apabila ibu2 xtau yg diri mereka mengandung..tanda2 ektopik ..pasti akan ada keluar darah sedikit..seperti tompok2 coklat seperti org period.
  3. Untuk 1st trimester...janganlah angkat atau buat kerja2 berat..please..ini sgt penting!
  4. Jika kandungan sihat..teruskan check up seperti yg telah d tetapkan klinik..namun jika d takdirkan anda ektopik seperti saya..mahu tidak mahu..pembedahan adalah jalan terbaik....
  5. Jika ektopik..bertindaklah mengikut saranan doktor..kerana mereka lebih pakar
  6. Selepas pembedahan..jaga sahaja dgn elok..saya sendiri sudah sampai ke Terengganu menaiki bas selepas 5 hari pembedahan laparoskopi. >_<

Comments